IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar memutuskan untuk mengadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac ini.
Semua ADUN akan menghadiri sidang tersebut kecuali Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, enam Exco yang baru dilantik dan tiga ADUN Bebas.
Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Sementara itu, tiga ADUN Bebas adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).
sumber : mstar
Tuesday, February 24, 2009
FITNAH TERHADAP PEJUANG ISLAM
لَقَدِ ابْتَغَوُاْ الْفِتْنَةَ مِن قَبْلُ وَقَلَّبُواْ لَكَ الأُمُورَ حَتَّى جَاء الْحَقُّ وَظَهَرَ أَمْرُ اللّهِ وَهُمْ كَارِهُونَ
Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (islam), sedang mereka tidak suka kepadanya. Surah At-Taubah, Ayat 48

Suhahada yang terkorban di Memali akibat kejahatan UMNO-BN di bawah Musa Hitam
Dosa UMNO terhadap kejadian di Memali...Al-fatiha Korban
1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. http://www.pakkatib.blogspot.com

ayat-ayat tentang perjuangan
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً
Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar. Surah An-Nisaa', Ayat 74

tanda-tanda hari kiamat
) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ~ dah berlaku dh..
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ~ pun byk blaku, tmasuk kt ngra kita sendiri
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi wanita" - Ibnu Majah ~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?..
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon...
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim ~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat

Ancaman dalam politik Malaysia
Mungkin terasa suatu kegusaran dalam benak orang politik apatah lagi dunia mereka sudah dicemari dengan "ancaman politik" dari musuh yang berada dalam platform yang berbeza atau selimut yang sama. Kita tidak tahu bila permainan ancaman ini bermula walaupun kita telah banyak membaca dan mengetahu dari sejarah tentang beberapa pembunuhan yang melibtkan beberapa pemimpin dunia yang saya rasa pembaca sudah maklum.
Kalau di negara kita, mungkin sesetengah orang politik dan masyarakat sudah tahu kisah pembunuhan Dato Taha ( kalau tak silap saya) yang akhirnya pembunuh telah di bawa ke muka pengadilan. Mungkin kes Dato' taha dulu adalah melibatkan dari orang yang berada dalam payung yang sama.
Ancaman dalam politik bukan sahaja menjurus kepada individu tapi juga melibatkan satu kelompok yang besar seperti dalam kes di Memali antara penyokong PAS ( di bawah Ustaz Ibrahim Libya) dan kerajaan ( BN) yang mengorbankan banyak nyawa. Dato Musa Hitam sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu telah melabelkan ustaz Ibrahim Libya sebagai penjenayah dan menuduh Ustaz Ibrahim menggunakan orang wanita dan kanak-kanak sebagi perisai. Pembunuhan beramai-ramai ini telah difailkan ke Mahkamah dan dikhabarkan masih lagi belum selesai sampai sekarang. Bukan setakat di Memali sahaja tapi juga di Lubuk Merbau yang sekali lagi menyaksikan gugurnya pejuang-pejuang dalam PAS sebagai shuhadah walaupun beberapa mufti dan tokoh agama pro BN menganggap mereka ini sebagai mati biasa yang perlu dikapankan kerana melawan pemerintah. Kurang jelas sebenarnya hujah yang dibawa oleh tokoh agama itu sedangkan shahid dalam alqura telah diperjelaskan secara detail dengan dibantu oleh penerangan dari hadis dan ijmak ulama yang muktabar. Mungkin tokoh agama yang pro BN waktu itu cuba menyembunyikan kebenaran atas alasan menjaga jawatan dan kedudukan yang disandang.
Ancaman ini juga bukan sahaja tertumpu kepada parti yang dipelopori oleh orang Melayu tapi juga telah kepada parti dari kelompok India dan Cina. Pembunuhan pemimpin kanan MIC sebelum pilihanraya 12 ketika menaiki lif adalah bukti kepada ancaman dalam politik ini tidak memihak kepada sesiapa.
Sejak akhir-akhir ini, sekali lagi kita telah dikejutkan dengan penghantaran surat yang berisi dua butir peluru yang dihantar ke pejabat pemimpin DAP, YB karpal Singh dan ancaman z' nyahkan Sivakumar" yang ditulis dalam blog pro BN terhadap S. Sivakumar. Mungkin bagi pemerhati politik, ancaman terhadap ke dua-dua orang politik ini adalah rentetan dari isu yang melanda Perak. Kita tidak tahu siapa yang membuat angkara dan dari kelompok mana yang cukup gemar bermain dengan ancaman. Mungkin di kalangan pakatan Rakyat akan cuba mengandaikan bahawa ini angkara dari penyokong BN ataupun individu yang tidak mahu Sultan diperkotak katikkan atau dalam istilah lain "menderhaka". Andaian ini mungkin diperkuatkan lagi dengan kelantangan Karpal singh yang berkeras utnuk menyaman Sultan Perak dalam kes perlantikan Menteri Besar BN yang dipertikaikan keesahannya kerana berlawanan dengan apa yang termaktub dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Neger Perak. S. Sivakumar yang cukup tegas dalam mempertahankan undang-undang negeri Perak telah menggantung 7 Adun dari BN telah sedikit sebanyak mengundang kepada rasa tidak puas hati di kalangan penyokong BN dan mengakibatkan wujudnya ancaman sedemikian terhadap beliau.
Ancaman-ancaman sebegini sebenarnya sesuatu yang tidak seharusnya dipopularkan dalam masyarakat Malaysia. Politik Malaysia perlu bersih dan Demokrasi perlu subur. Sekiranya ancaman ini berterusan ianya akan mencerminkan corak pemikiran yang dangkal dan bebal di kalangan masyarakat kita. Tiada guna kita menjunjung undang-undang kalau kita tidak tahu menggunakannya. Kita perlu mengamalkan tarian politik yang santun dan gemalai dan setiap pertelagahan perlu diselesaikan mengikut undang-undang dan dibawa ke meja bulat. Apa guna diwujudkan Mahkamah dan hakim-hakim kalau setiap manusia hanya tahu menyelesaikan satu-satu perkara mengikut acuan sendiri. Ragam politik begini boleh membawa kita kepada corak politik sempit dan seterusnya lari dari demokrasi yang sebenar.
Dua gajah bertempur, pelanduk mati di tengah. Kembalilah kepada suasana politik yang matang. Kalah jadi abu, menang jadi arang. Ikutlah peraturan dalam permainan supaya permainan menjadi seronok dan menarik sebab permainan dan perlawanan yang berasaskan peraturan akan membuahkan lagi kekraban sesama pemain walaupun berbeza dari segi tektikal
wallahuaalam.
Pak Katib
24 Feb 2oo9

Subscribe to:
Posts (Atom)